Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.
Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.
“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.
“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.
“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.
Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:
“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”
Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.
Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.
Sumber Malaysiakini.
Kelajuan sambungan internet adalah faktor penting untuk kita mengakses laman-laman web dengan cepat dan pantas.Laporan daripada Communications Workers of America (CWA) yang menyatakan bahawa 5 negara yang paling atas mempunyai kelajuan sambungan internet terpantas ialah South Korea, Singapore, Netherlands, Denmark dan Taiwan .
Amerika Syarikat sendiri yang mempunyai teknologi tinggi dalam bidang ini berada di tempat yang ke-28 dalam dunia.
Jepun dan Korea Selatan dengan kelajuan purata 15.8 mbps diikuti Sweden pada 12.8 mbps dan Belanda pada 11.0 mbps.Satu ujian di buat oleh speedmatters.org mendapati purata AS muat turun kelajuan hanya sembilan perpuluhan satu megabit sesaat di antara 2008 dan 2009 — daripada 4.2 mbps ke 5.1 mbps.
Rakyat di Jepun boleh muat turun sebuah video berdefinisi tinggi dalam masa 12 minit saja , berbanding dengan 2.5 jam pada purata kelajuan muat turun di AS.
Negara kita Malaysia berada kedudukkan yang keberapa agaknya dalam teknologi kelajuan internet ini ?
Untuk mengetahui kelajuan internet anda cuba ke laman Speedtest.net
dan akhirnya topik hangat yang menjatuhkan imej dan ekonomi Malaysia disebabkan internet di Malaysia yang slow dibahaskan di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata ini kerana rangkaian akses kini dalam proses ujian dan sebanyak empat ibu sawat di Lembah Klang iaitu di Bangsar, Shah Alam, Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail, dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses.
“Telekom Malaysia juga telah memulakan kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastuktur rangkaian akses di 22 rangkaian ibu sawat syarikat itu di seluruh negara,” katanya menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).
-bernama-
if x silap, full testing siap ujung taun ni n bak kata pemimpin kita yang suka hu-haa hu-haa, rakyat Malaysia bakal menikmati kualiti internet yang berkualiti pada pertengahan tahun 2010.. (errr)...
so, kita tunggu jela n hopefully by end of next year, internet dah laju n xde lg dh bnda2 bandwidth limit nie…(menyusahkan hidup aku tol)....

0 comments:
Post a Comment