"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.
"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.
"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.
2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.
3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.
5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.
6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.
7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.
8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.
9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.
10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.
11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.
12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.
Layu - Malique ft. Tun Mahathir
Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiriAku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayuTakkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayuAku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

0 comments:
Post a Comment