About the Blog's Owner

My photo
Aku hanyalah seorang pekerja yang hanya termampu untuk sering tawa dalam serius, senyum dalam marah. ketawa dalam sedih, dan sayang dalam geram~

Sunday, June 13, 2010

Onshore Drilling kembali lagi dengan Tora


Berita Sarawak

June 10, 2010 15:28 PM

Nippon Oil Akan Kendali Cari Gali Daratan Di Miri

MIRI, 10 Jun (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas Jepun, Nippon Oil Exploration (Malaysia) Ltd, akan menjalankan kaji selidik seismik di Miri bermula September ini sebagai sebahagian daripada aktiviti cari gali minyak dan gas daratannya di blok SK333, di sini.

Kajian itu yang akan menggunakan teknologi kaji selidik vibroseis seismik, yang terbaharu dalam cari gali daratan, dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan, kata Pengarah Urusan Nippon Oil, Hideki Kitagawa, Khamis.

Bercakap pada sesi kesedaran mengenai projek baharu itu, beliau berkata teknologi baharu itu akan digunakan di Malaysia buat pertama kalinya.

Beliau berkata kaji selidik itu dibuat susulan pemberian kontrak oleh Petronas kepada Nippon Oil pada 2007 untuk menjalankan kerja-kerja di Blok SK333.

Kira-kira 97 peratus daripada jumlah keluasan ekar telah dikaji dan kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman Bahagian Miri dekat daerah Marudi.

Kitagawa berkata kaji selidik seismik itu hanya baru merupakan peringkat awal cari gali yang tidak semestinya diikuti dengan penggerudian minyak dengan segera.

Analisis dan kajian seterusnya perlu dijalankan dan ini akan mengambil masa beberapa tahun sebelum keputusan dimuktamadkan, ujarnya.

Telaga minyak pertama negara ditemui di Canada Hill yang membentuk tulang belakang Miri pada 1910.

Cari gali minyak kemudiannya beralih ke luar pantai pada permulaan 1970-an sebelum operasi daratan dihentikan sepenuhnya pada 1976 berikutan kekurangan sumber.

Minat untuk meneroka kemungkinan simpanan minyak daratan di sini mula muncul semula pada 1980-an dengan beberapa syarikat minyak menjalankan kaji selidik mereka tetapi keputusan yang diperolehi tidak begitu memberangsangkan.

0 comments:

Post a Comment

Author's Disclaimer

- The posted content is solely for the purpose of self-referencing only, and not for any business purposes.
- The Author is not responsible for any telecommunications links connecting the user to the Service.
- The Author will try to give his best commitments in dealing with the plagiarism issues and take it seriously.
-
But if you believe that information of any kind on this site is an infringement of copyright in material, then please advise The Author.

*BEST VIEW with Mozilla Firefox or Chrome