About the Blog's Owner

My photo
Aku hanyalah seorang pekerja yang hanya termampu untuk sering tawa dalam serius, senyum dalam marah. ketawa dalam sedih, dan sayang dalam geram~

Wednesday, November 18, 2009

Imam dan Iman 20 sen


Figure X: gambar yg xde kaitan pun snanye

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni pun dah cukup kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", detik hati Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Tapi kenapa awak pulangkan 20 sen ni?.. kan sedikit je nilainya", tanya pemandu bas tersebut.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji setinggi mana nilai kejujuran seorang umat Islam. Ini kerana saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!..

IMAN 20SEN.... [A good lesson for us all: Honesty and its’ consequences]

Author's Disclaimer

- The posted content is solely for the purpose of self-referencing only, and not for any business purposes.
- The Author is not responsible for any telecommunications links connecting the user to the Service.
- The Author will try to give his best commitments in dealing with the plagiarism issues and take it seriously.
-
But if you believe that information of any kind on this site is an infringement of copyright in material, then please advise The Author.

*BEST VIEW with Mozilla Firefox or Chrome