About the Blog's Owner

My photo
Aku hanyalah seorang pekerja yang hanya termampu untuk sering tawa dalam serius, senyum dalam marah. ketawa dalam sedih, dan sayang dalam geram~

Tuesday, September 1, 2009

nak tegur pun serba salah... huk3~....(part 2)


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian.

(Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

Masya-Allah.. besar sungguh ganjaran pahala sembahyang berjemaah kan?. 27 kali ganda tu.. bukan calang2.. bak kata editor IluvIslam, ibarat seperti gaji, mestilah kita nak gaji yang 27 kali ganda kan?. Kalau orang tu gaji $2500 sebulan.. kalau darab 27 dah $67,500.. tu belum convert duit Malaysia lagi.. kalau convert ($USD1 = MYR3.40), total semua RM229,500.. fuhh.. layan gile beb..

(oii pakcik.. ni nak cakap pasal sembahyang ke nak cakap pasal gaji ni?? Photobucket )..


Maka, nak dipendekkan cerita, bila diberi ganjaran sampai begitu sekali, x siapa2 pun akan berebut2 nak sembahyang berjemaah kan?... Tapi, apa yang aku cuba sampaikan disini is sikap sesetengah insan yang bergelar imam ni.. (nak tegur, takut nanti dikata “alaa..kau tu macam la bagus sangat kan”.. hmm,x apa la... saya memang hamba yang cetek ilmu agama lagi hina dina disisi Penciptanya yang Maha Agung.. namun, bagi yang menerima nasihat, Alhamdulillah la)...

Apa yang aku cuba tegur ialah sikap Imam itu sendiri yang tidak seolah2 tidak memahami konsep hak imam dan hak makmum.. (apa benda tu??..penuh yakin je aku ni.. main cakap je).. ok..intro aku lebih kurang camni laa.. (kalau korg x faham problem statement aku ni, sila print article ni, rendam dengan air suam, n pastu minum)....

Pada kebiasaannya apabila makmum membaca surah al-Fatihan, selepas imam tamat membaca surah tersebut menyebabkan makmum tidak sempat untuk menghabiskan bacaan untuk rukuk bersama-sama dengan iman.

Haa.. Kita semua pun sedia maklum kan, makmum wajib mendengar dan menghayati surah al-Fatihah yang dibaca oleh imam. Selepas imam selesai barulah makmum boleh membaca surah al-Fatihah. Dan seperkara lagi, tidak akan sah solat seseorang itu tanpa bacaan surah al-Fatihah ni:

Baginda bersabda yang bermaksud:

" seseungguhnya aku dapati kalian membaca di belakang imam? Sahabat menjawab : Ya Rasulullah kami membaca, lantaran Baginda bersabda: Jangan kalian lakukan yang demikian melainkan kamu boleh membaca surah al-Fatihah "

(Ibn Abdul Bir, hadis sahih, sanad yang bersambung).

Dan untuk pengetahuan sape2 yg bc entry aku ni, dalam Mazhab al-Syafie (yang digunapakai di Malaysia), imam hendaklah memberi sedikit masa kepada makmum selepas membaca surah al-Fatihah untuk membolehkan makmum membacanya..

tapinye............ kenapa la kebanyakkan insan2 bergelar imam kat Malaysia ni lepas baca surah al-Fatihah je terus2 nak baca surah lain cepat2??.. (imam ni terkejar2 nak abeskan sembahyang pasal nak tengok drama Nur Kasih or rancangan Jangan Lupa Lirik kot...

x pun sebab member tengah tunggu nak main futsal...oh! Photobucket )..


Isyh.. kesian la kat makmum2 cik imam oii... t’kujat2 dorg nak abeskan bacaan al-Fatihah tu.. (aku menyuarakan luahan hati seorang makmum.. coz aku pun pernah jadi makmum.. serious x puas hati dowh.. huk3)~.. tapi tu la.. disebabkan imam yang terkejar2 nak abeskan sembahyang pasal nak tengok drama Nur Kasih, rancangan Jangan Lupa Lirik dan yang nak pergi main futsal ni, habis makmum menjadi mangsa.. (makmum buat muka innocent..oh!).. maka akibatnya, hak makmum telah dicabuli...dan maka lagi, perjalanan solat berjemaah itu telah menjadi sangat2 tidak teratur

Imam2 berjiwa muda mostly baca surah al-Ikhlas je, tu yang sampai makmum pun x sempat nak habiskan bacaan.. maka, makmum pun berada dalam dilemma dan keadaan serba salah yang amat sangat.. (rasa cam nak sepak je *#$%* imam lepas sembahyang nanti)..

Dan sebagai kesimpulannya, cik imam kena la kesian kat kami yang menjadi makmum ni ye.. fahamilah hak kami.. kami X nak tergolong dalam group makmum masbuk, sesungguhnya kami hanya rela menjadi makmum muafik (insya-Allah)..



p/s: beta rasa serba salah nk tegur, nanti dikata "macam la kau tu bagus sgt"... huk3~.. (bak kata keretamayat, orang kita mmg otak slow dan lembab.. cepat melenting apabila ditegur)...

Photobucket

2 comments:

ima on September 1, 2009 at 6:37 PM said...

Mengikut pengalaman k.iMa hari pertama sembahyang trawih di masjid, pak imam memang laju tak ingat. Baru nak baca doa ketika rukuk, dia dah bangun untuk sujud. Hee...terkejar-kejar makmum. Tapi seb bek time tu je, sebab maybe pak imam tengah cari rentak kott. Ngeh3x. Skian, terima kasih ;D

Pekerja Kesayangan Boss on September 2, 2009 at 5:38 AM said...

bagus la kalau imam camtu, atleast hari 1st je dia laju kn..hari2 lain dh ok dh..tp ni..yang imam kaki sembahyang laju2 365 hari setahun ni..hampeh btol...haha...


orang kita ni apa la...sembahyang laju salah, sembahyang lama cikit pun salah...(lepas tu tulis kat blog sebab x puas hati..oh!)...

Post a Comment

Author's Disclaimer

- The posted content is solely for the purpose of self-referencing only, and not for any business purposes.
- The Author is not responsible for any telecommunications links connecting the user to the Service.
- The Author will try to give his best commitments in dealing with the plagiarism issues and take it seriously.
-
But if you believe that information of any kind on this site is an infringement of copyright in material, then please advise The Author.

*BEST VIEW with Mozilla Firefox or Chrome