haritu timbul isu pasal kapal ZIM Integrated Shipping Services datang direct dari Haifa, Israel terus ke Port Klang. siap ada document tu sahkan yang kapal ni direct Haifa-Port Klang (click kat sini dan sini untuk info). orang dok pertikaikan kenapa, mengapa dan bagaimana.
tapi aku malas nak elaborate/explain/cerita pasal isu tu sekarang ni.
aku just nak cerita pasal kisah seorang guru yang nak dok berdebate dengan aku pasal isu ni.
nak dijadikan alkisah, haritu kat company tempat aku kerja (compacny GLC) ada masuk 1 kontena ZIM ni untuk punggah masuk equipments dalam plant. then aku pun snap la picture and upload kat FB (macam korg tengok kat atas tu). then, ada la seorang makhluk Allah yang memegang title "CIKGU" ni tampil memberikan sepatah dua kata.
member aku comment, "*ini ke yg dinamakn Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel?"
then CIKGU ni comment, "hubungan diplomatik bukan hubungan perniagaan. sila faham ye..."
pastu CIKGU ni comment lak camni,"kerajaan x pernah mengadakan sebarang urusan perniagaan dgn israel. sila tanya company ini dimiliki oleh siapa."
aduhai.. nampak sangat CIKGU ni MALAS nak buat sedikit HOMEWORK. Isyh cikgu ni pun. sekarang ni kan DUNIA TANPA BATASAN. segalanya ada di hujung jari. so RAJIN2 la SIKIT meng-google dan baca pasal isu ni. (aku x nak komen apa2 pasal hub. diplomatik dan perniagaan tu sebab aku ni cetek ilmu pasal definisi2 ni).
Untuk pengetahuan CIKGU BERKENAAN dan khas untuk CIKGU2 lain di luar sana yang sibuk buat business MLM dan kemudiannya x tahu perkembangan semasa, SILAP LA kalau tanya lori kontena (freight forwarder) tu siapa punya. nampak sangat la KECETEKAN ILMU di dada. sebab apa cetek ilmu?. sebabnya mudah je- MALAS. Yang sebenarnya memang shipping agent ovec yang lantik freight forwarder israel ni, n sampai je kat malaysia terus diclearkan oleh local freight forwarder. tapi sebab apa kena local freight forwarder?. sebab kalau company ISRAEL tu sendiri yang handle, dah terang2 la dorg dibenarkan oleh gomen M'sia TERcinta ni untuk buat any business deal kat dlm negara. so that's why la bila dia nak masuk port, untuk lepaskan segala duty jadahharam, kastam n bla3x, local freight yang settlekan. tapi sekarang ni yang jadi ISU utama adalah SIAPA 3rd party yang arrangekan trade and services ni. APCO?. mungkinkah?. tapi APCO tu siapa?. (haa..pandai2 korg la buat research sikit ye. jangan tahu buat business MLM je).
n lagi satu, lupa lak nak mengstory-mory. kalau korg nak pertikaikan KENAPA x ada bendera Israel kat deck kapal ZIM tu, just ada bendera Liberia je, nak menunjukkan yang kapal ZIM Atlantica tu milik Liberia, bukan Israel, memang SAH, TERANG dan BERSULUH yang korg ni memang PEMALAS nak membaca. FYI, ZIM tu dah di-charted-kan to 1 of the company kat Liberia, but since tu just charted company, nama ZIM x boleh ditukar. n that's why la kapal tu namanya ZIM, n just ada bendera Liberia. But still, tu company Israel. Susah sangat ke nak faham?. cehh~~
p/s: ada banyak lagi points yang aku boleh je nak tulis, tapi better la korg baca n follow up kat blog2 lain. Sebab aku manusia yang prasan busy nak siapkan report2 untuk boss aku. Tulis blog pun ikut mood.
1 comments:
hehe.. baca sambil senyum :)
Post a Comment