About the Blog's Owner

My photo
Aku hanyalah seorang pekerja yang hanya termampu untuk sering tawa dalam serius, senyum dalam marah. ketawa dalam sedih, dan sayang dalam geram~

Friday, August 6, 2010

Kabel Dasar Laut


Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Pengajaran dr kisah diatas - fikir2kan lah mengenai hukum rezeki yang kita perolehi sekiranya kita mendapat kerja bukan atas tiket LAYAK.. (m'gunakan 'cable' atau erti kata lain - m'gunakan pertolongan orang dalam)..

dan renung2kan lah akan hak orang lain yang lebih berhak yang telah kita ambil/rampas, sekiranya dia lebih layak..

*yakin dengan ja
nji Allah bahawa rezeki itu ada dimana2..
*usaha + tawaka
l = insya Allah ada la rezeki =)




sumber inspirasi - Zaharudin.net

0 comments:

Post a Comment

Author's Disclaimer

- The posted content is solely for the purpose of self-referencing only, and not for any business purposes.
- The Author is not responsible for any telecommunications links connecting the user to the Service.
- The Author will try to give his best commitments in dealing with the plagiarism issues and take it seriously.
-
But if you believe that information of any kind on this site is an infringement of copyright in material, then please advise The Author.

*BEST VIEW with Mozilla Firefox or Chrome