Rogol berlaku apabila seseorang itu dipaksa melakukan perhubungan seks. Paksaan adalah melalui kekerasan fizikal, mengugut, menakutkan mangsa. Rogol termasuk dalam paksaan melakukan hubungan seks antara suami isteri dan pasangan kekasih.
Definasi undang-undang
Seksyen 375 Kanun Keseksaan mendefinasikan rogol seperti berikut:-
Seorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia, melainkan dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan-keadaan yang termasuk ke dalam mana-mana perihal yang berikut:-
Seorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia, melainkan dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan-keadaan yang termasuk ke dalam mana-mana perihal yang berikut:-
Pertama: Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
Kedua : Tanpa kerelaan perempuan itu
Ketiga: Dengan kerelaan perempuan itu padahal kerelaan itu telah diperolehi dengan mendatangkan kepada perempuan itu atau mana-mana orang ketakutan mati atau cedera, atau telah diperolehi melalui salah tanggapan fakta dan lelai itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
Keempat: Dengan kerelaan perempuan itu padahal lelaki itu mengetahui bahawa ia bukan suami perempuan itu dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya bahawa lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan
Kelima: Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan
Keenam: Sama ada dengan atau tanpa kerelaan perempuan itu jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun
Kedua : Tanpa kerelaan perempuan itu
Ketiga: Dengan kerelaan perempuan itu padahal kerelaan itu telah diperolehi dengan mendatangkan kepada perempuan itu atau mana-mana orang ketakutan mati atau cedera, atau telah diperolehi melalui salah tanggapan fakta dan lelai itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
Keempat: Dengan kerelaan perempuan itu padahal lelaki itu mengetahui bahawa ia bukan suami perempuan itu dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya bahawa lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan
Kelima: Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan
Keenam: Sama ada dengan atau tanpa kerelaan perempuan itu jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun
APA ITU MENCABUL KEHORMATAN?
Mencabul Kehormatan diri adalah salah satu aktiviti seksual yang dipaksa ke atas mangsa. Ini adalah salah dari segi undang-undang jika sesorang itu tidak mahu melakukannya. Contoh mencabuli kehormatan adalah seperti meraba, memegang, memasukkan objek kedalam kemaluan.
SIAPAKAH MANGSA JENAYAH SEKS?
Mangsa tidak mengenal bangsa, agama dan umur. Golongan mangsa yang paling ramai adalah kanak-kanak.
BAGAIMANA RUPA BENTUK PEROGOL/PENJENAYAH SEKS?
Sesiapa boleh menjadi perogol. Kebanyakkan perogol adalah kenalan mangsa;
jiran, teman lelaki, rakan, malah juga ahli keluarga. Kebanyakkan perogol tidak nampak atau bekelakuan ganjil/gila/menakutkan.

Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakkan perogol adalah orang yang tidak
dikenali oleh mangsa tetapi kajian dan statistik menunjukkan kebanyakkan kes
rogol, mangsa mengenali perogol.
SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN DALAM KES ROGOL?
Ini BUKAN SALAH mangsa rogol. Mangsa rogol TIDAK BOLEH dipersalahkan, tidak kira jika mangsa berpakaian seksi atau tempat yang dikunjunginya. Hanya perogol/pencabul kehormatan yang harus DIPERSALAHKAN! Perogol yang membuat pilihan untuk mencabuli hak seseorang.
APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN JIKA SAYA DIROGOL? ~(saya lelaki..hue3)~..
Berjumpa dengan doktor
JANGAN mandi dan mencuci baju anda. Pergi ke hospital untuk mendapatkan
pemeriksaan doktor. Pemeriksaan ini adalah intuk mendapatkan bukti-bukti.
Bukti-bukti dibadan boleh diambil dalam masa 72 jam.
pemeriksaan doktor. Pemeriksaan ini adalah intuk mendapatkan bukti-bukti.
Bukti-bukti dibadan boleh diambil dalam masa 72 jam.
One stop crisis centre (Pusat Khidmat Sehenti) ditubuhkan untuk memberi
perkhidmatan segera kepada mangsa-mangsa rogol. Doktor dan jururawat telah
dilatih untuk mengendali mangsa-mangsa rogol.
perkhidmatan segera kepada mangsa-mangsa rogol. Doktor dan jururawat telah
dilatih untuk mengendali mangsa-mangsa rogol.
Membuat laporan polis
Berjumpa dan bercakap dengan kaunselor supaya anda tidak memendam perasaan dan mengakibatkan tekanan perasaan Rogol adalah satu pengalaman yang sukar. Selepas mangsa dirogol/dicabuli, mangsa akan merasa marah, menyalahkan diri sendiri, sedih, takut dan malu. Perasaan ini adalah normal. Ia akan menolong mangsa jika mangsa bercakap dengan seseorang, berjumpa kaunselor or menelifon talian bantuan.
Memberitahu ahli keluarga/ rakan/ dll untuk mendapatkan sokongan
TIADA MANGSA YANG MAHU MENJADI MANGSA JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA
FAKTA- FAKTA TENTANG ROGOL
Sesiapa saja boleh dirogol. Mangsa-mangsa termasuk wanita, kanak-kanak perempuan/lelaki, bayi, nenek dan remaja. Rogol satu unsur keganasan yang melampau. Perogol biasanya orang yang lemah dan dengan cara merogol peerogol merasakan dia mempunyai kuasa ke atas mangsanya. Mangsa rogol tidak patut dipersalahkan. Tiada siapa yang mahu kehormatannya dicabuli. Kebanyakkan perogol tidak mengunakan senjata untuk merogol mangsanya. Ugutan, paksaan fizikal dan emosi adalah cara yang selalu digunakan oleh perogol ke atas mangsa.
Jika anda berkata TIDAK dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu adalah ROGOL. Kebiasaannya perogol merancang untuk merogol mangsa. Rogol adalah SALAH dari sisi agama, moral dan undang-undang.
Jika anda berkata TIDAK dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu adalah ROGOL. Kebiasaannya perogol merancang untuk merogol mangsa. Rogol adalah SALAH dari sisi agama, moral dan undang-undang.
Sumber daripada Polis Di Raja Malaysia
Kebanyakan mangsa rogol tidak melaporkan rogol kerana mangsa merasa malu dan hina masyarakat sekeliling memandang serong dan menyalahkan mangsa tidak sanggup untuk melalui prosedur untuk mendapatkan keadilan kerana mengambil masa yang lama takut perkara itu mendapat publisiti media massa
tidak mahu memalukan ahli keluarga.
Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol?
~ Tempat Sunyi
Elak daripada berjalan seorang di tempat sunyi seperti tempat meletak kereta. Berjalan dengan pantas dan pastikan anda tidak diekori. Semasa menuju ketempat meletak kereta, keluarkan kunci kereta dan selitkan di antara jari supaya anda bersedia jika anda di serang, anda boleh menggunakan sebagai senjata. Memilih jalan yang selamat walaupun jauh.
~ Keluar temu-janji
Elak daripada berjumpa di tempat yang membahayakan diri anda. Lebih selamat
jika berjumpa di tempat orang ramai. Jika anda menumpang kereta, pastikan
melalui jalan yang banyak kenderaan lalu
~ Alat keselamatan
Bawa alat tiup untuk mendapatkan perhatian orang ramai jika anda diserang. Minyak wangi juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada penyerang dengan menyemburkan ke arah muka penyerang.
~ Seni mempertahankan diri
Belajar untuk mempertahankan diri. Ia amat berguna jika anda tahu untuk
mempertahankan diri anda daripada serangan
~ Hukuman
Sesiapa yang disabit kesalahan merogol akan dihukum menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain itu, pesalah itu hendaklah juga dikenakan hukuman sebat.
KES MANGSA ROGOL, LIWAT DAN BUNUH
KES 1 : SITI NADIRA BUDAH
Selepas pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001, mangsa yang baru berusia 5
tahun telah dibunuh dengan kejam dan dibenamkan ke dalam lumpur di sebuah
kawasan paya.
Mangsa yang ditemui dalam keadaan separuh bogel ini dipercayai turut dicabul
setelah didukung ke kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung
Sebuga Besar, Sandakan sebelum dibunuh.
Berikutan kejadian ini, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali
mangsa dan ahli keluarga telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian
tersebut.
KES 2 : NURUL HANIS KAMIL
Malang tidak berbau bagi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk
Abdul Rahman Yaakub, Jasin, Melaka apabila basikalnya rosak semasa pulang dari sekolah pada 3 Julai 2001.
Mayat mangsa yang dijumpai di dalam semak kira-kira 150 meter dari rumahnya itu disahkan telah dirogol dan diliwat sebelum dibunuh.
Berdasarkan penyiasatan pihak polis, seorang remaja lelaki yang berusia 17 dari
sekolah yang sama telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Pelajar yang pernah menjalani pemulihan akhlak ini sedang di dalam proses untuk didakwa di mahkamah.
KES 3 : FARAH DEEBA RUSTAM
Pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah, Perak ini tidak
pulang-pulang ke rumah selepas keluar ke kedai bersama rakannya.
Mayatnya dijumpai pada 3 Februari 2001 dalam keadaan separuh bogel di dalam
longkang besar dan disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam.
Walaupun pihak polis telah berjaya mengesan remaja yang disyaki melakukan
perbuatan tersebut, namun sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dan dakwaan dibuat.
KES 4 : RAFAEZAH RAZALI
Pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Lurah Bilut ini hilang selepas
pulang dari Kuala Lumpur bersama guru dan rakan-rakan pada 25 Februari 2001.
Mayatnya hanya dijumpai pada keesokan hari di dalam kebun getah yang terletak
hanya 100 meter dari kedai kopi di Kampung Lebu, Bentong.
Dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati oleh seorang penganggur
berusia 24 tahun.
Lelaki berkenaan telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan mulai Mei lalu.
KES 5 : NORSHUHADA BURAK
Belum sempat menjejakkan kaki ke sekolah rendah, mayat kanak-kanak berusia 6
tahun ini ditemui di dalam tangki air di atas loteng rumah bandaran tiga
tingkat di Selayang Baru, Gombak pada 21 Oktober 2000.
Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dengan mulut disumbat dengan seluar
dalamnya sendiri disahkan telah dirogol sebelum dihumban ke dalam tangki air.
Dengan bukti yang kukuh, seorang remaja lelaki berusia 12 tahun telah ditahan
dan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Mahkamah Juvana 1947 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Murid yang sepatutnya berada di tahun enam serta dikenali oleh mangsa ini telah
mengaku bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
KES 5 : AUDREY MELISSA PATINNATHAN
Keadaan kecoh seketika apabila mayat pelajar tingkatan lima di Sekolah
Perempuan Methodist, Kuala Lumpur dijumpai dekat sebuah pencawang elektrik
berhampiran Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1999.
Mangsa disahkan dirogol dan diketuk dengan benda berat sebelum dijerut sehingga mati semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Walau pelbagai usaha dilakukan, sehingga kini, perogol dan pembunuhnya masih
bebas.
KES 6 : NOOR SUZAILY MUKHTAR
Seluruh negara gempar apabila mayat jurutera yang berusia 24 tahun ini dijumpai di pembahagi jalan dalam keadaan bogel di kawasan projek perumahan Taman Bukit Tinggi, Klang pada 7 Oktober 2000.
Noor Suzaily disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh semasa menaiki bas
untuk melaporkan diri ke tempat kerja di Klang.
Berikutan itu, seorang pemandu bas, Hanafi Mat Hassan telah di tahan dan kini
sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan merogol dan
membunuh.
dan yang terbaru.....................
KOTA BAHARU, 7 April — Seorang pelajar perempuan sebuah kolej perubatan swasta hari ini memfailkan saman sebanyak RM5 juta terhadap pengurusan kolejnya itu kerana dakwaan berlaku cuai dalam menjaga keselamatan pelajar sehingga dirinya dirogol.
Peguam plaintif Mohd Zubairi Salleh dan Mohd Rafizi Abdullah memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif menamakan Masterskill (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di alamat G-8, Jalan Kemacahaya 11, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Selangor yang mempunyai kampus cawangannya di sini beralamat di Seksyen 19, Jalan Hamzah sebagai defendan.
Mengikut pernyataan tuntutannya, semasa kejadian plaintif merupakan seorang penuntut tahun pertama Diploma Kejururawatan dan penghuni asrama yang disediakan kolej itu.
Pada 9 Feb lalu kira-kira pukul 8.15 pagi, sewaktu plaintif berada dalam asrama kolej defendan di Tanjung Mas, di sini, plaintif bersama lima rakan sebilik telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dengan cara dipercayai memasuki asrama dan menceroboh masuk bilik mereka.
Lelaki tersebut kemudiannya bertanyakan kepada mereka siapa yang bernama “Serena” di dalam bilik tersebut namun setelah dimaklumkan bahawa tiada perempuan yang bernama “Serena” di kalangan mereka, lelaki itu terus meninggalkan bilik plaintif.
Setelah melihat lelaki itu keluar, plaintif kemudiannya keluar menuju ke bilik air untuk mandi tetapi secara tiba-tiba lelaki tadi menolak pintu bilik air tersebut dan terus meluru masuk ke bilik air itu.
Plaintif cuba untuk menyelamatkan diri tetapi penceroboh itu bertindak mengeluarkan pisau dan mengacu ke arah plaintif menyebabkan plaintif tidak mampu untuk melawan dan kemudiannya berlaku kejadian rogol tersebut dan lelaki itu kemudiannya melarikan diri.
Sehubungan itu plaintif mendakwa kejadian itu berlaku akibat kecuaian langsung defendan atau ejennya yang didapati cuai dalam menjaga keselamatan plaintif sehingga seorang penceroboh boleh memasuki asrama defendan.
Kejadian rogol itu menyebabkan plaintif kehilangan masa depan dan maruah diri kerana sebelum kejadian itu keluarga plaintif telah meletakkan kepercayaan penuh ke atas defendan untuk menjaga keselamatan diri plaintif di asrama dengan andaian bahawa asrama defendan selamat daripada semua aspek keselamatan.
Akibat daripada tindakan kecuaian defendan itu, plaintif sehingga kini masih lagi terkejut dan malu serta mendapati dirinya terus menerus mengalami keaiban, kesusahan dan tekanan hidup.
Kegagalan defendan melaksanakan kewajipan berhati-hati ke atas plaintif, kehidupan plaintif menjadi kelam kabut akibat tafsiran serong rakan-rakan, masyarakat dan sahabat handai.
Kesemua musibah yang menimpa mengakibatkan tekanan perasaan dan trauma yang berpanjangan ke atas diri plaintif.
Biarpun notis tuntutan bertarikh 10 Mac lalu telah dibuat dan dikemukakan plaintif terhadap defendan, namun sehingga kini defendan masih gagal atau cuai untuk menjelaskan tuntutan tersebut.
Atas faktor itu, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi teladan sebanyak RM3 juta, ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta, ganti rugi am, kos tindakan dan faedah pada kadar yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah dalam kes itu. — Bernama
