nabi kata :
barangsiapa yg dengar azan,tp tak datang sembahyang berjemaah kat masjid...maka lebih baik dituangkan timah cair yang mendidih ke dalam telinganya...
kenapa??
nabi kata:
kalau boleh,aku nak bakar rumah orang yang sembahyang di rumah.....
kenapa??
saidina umar r.a kata:
aku lebih suka sembahyang subuh berjemaah di masjid daripada solat sunat sepanjang malam...
kenapa??
Kalau kita renung2kan kembali, Masya-Allah, berat sungguh tuntutan bersembahyang berjemaah itu sendiri kan?. Tapi pelik, kenapalah bila semabahyang Jumaat je baru saf2 di masjid akan penuh?. Mengapa tidak waktu solat harian lain seperti maghrib dan isya’?.(subuh??..lagi la..haha).. Pernah x kita terfikir kenapa benda2 camni boleh terjadi?.
hmm,ok.. fine.. aku X nk cakap la pasal golongan2 camni.. dah ramai orang bincang pasal benda ni pun kan?.. tapi apa yang aku nak discuss n share kat sini is mengenai pandangan sudut perspektif aku yang aku perolehi dari sudut mata kasar aku dan hasil perbincangan aku dengan rakan2..
well, agak mengejutkan la if aku cakap certain orang X nak pergi sembahyang berjemaah di satu2 tempat tu sebab dia X yakin dengan bacaan imam di kawasan tu.. (confident je aku ni cakap kan?).. somehow,mmg betul pun apa yang aku cakap ni.. yela, kita semua pun tahu kan, kesalahan bacaan dalam sembahyang boleh menyebabkan sembahyang seseorang itu terbatal.. haram mengikut imam yang diketahui telah mencacatkan syarat sah dan rukun sembahyang tu (kalau tahu terus niat keluar berjemaah).. n plus, ada 1 penyakit dalam masyarakat kita ni yang susah sikit aku nak cakap.. penyakit 'perasaan disalahkan'.. bila ditegur, nanti dikata "macam la kau tu bagus sgt"... huk3~.. (bak kata keretamayat, orang kita mmg otak slow dan lembab.. cepat melenting apabila ditegur)... so daripada semua reasons yang dinyatakan, actually mmg reasonable n quite konkrit pun alasan dorg ni... tapi tu la, yang imam ni pun satu, dia X tahu ke kalau terbatal solat imam, maka solat makmum pun terbatal juga.. puas ditegur cara bacaan dia yang salah tu, tapi diulang juga.. isyh2.. Wallahu'alam Bishawab..
tapi secara generalnya, aku nak pesan, siapa2 yang nak jadi imam tu kena faham2 sendiri la... kena la faham konsep hak makmum dan hak imam, kena tahu betapa beratnya nak galas tanggungjawab nak jadi seorang imam ni... dan paling penting, kena la baiki cara bacaan tu.. kalau rasa bacaan tu kurang betul, elakkan la dari menjadi imam.. (sesungguhnya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul hukumnya adalah fardhu ain, dan mempelajari ilmu tajwid itu hukumnya adalah fardhu kifayah)..
maka, di kesempatan ini juga, aku nak share sedikit info mengenai kesalahan2 yang seringkali terjadi dalam bacaan solat kita dan juga ketika kita membaca Al-Quran..( semoga kita X t’golong didalam golongan yang dilaknat Al-Quran,. insya-Allah)..
Ciri-ciri kesalahan nyata (kesalahan besar)
- kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf & tanda bacaan sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak
- kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa jika disengajakan ataupun tidak
- ada 7 kesalahan semuanya
1) Kesalahan pada huruf
a) Tertukar sebutan sesuatu huruf kepada huruf2 yang lain (boleh mengubah makna)
b) Tertukar sebutan huruf hijaiyyah kepada yang bukan hijaiyyah
2) Kesalahan pada baris
a) Tertukar sesuatu bacaan baris kepada baris yang lain
3) Kesalahan pada tanda Sukun (tanda mati)
a) Membariskan huruf yang sukun (mati)
b) Mematikan bacaan huruf yang berbaris
4) Kesalahan pada bacaan Mad (asli)
a) Menghilangkan bacaan Mad asli
b) Memanjangkan bacaan yang bukan bacaan Mad
5) Kesalahan dalam bacaan Tasydid (Sabdu)
a) Meninggalkan bacaan tasydid pada bacaan yang bertasydid
b) Mentasydidkan bacaan yang tidak bertasydid
6) Mengurangkan atau menembahkan bacaan huruf
a) Mengurangkan bacaan sesuatu huruf pada perkataan
b) Mengurangkan bacaan huruf pada satu-satu ayat
7) Kesalahan dalam riwayat (tiada dalam riwayat)
Wajib membaca Al-Quran dengan salah satu daripada riwayat yang mutawattir. Jika bacaan tiada dalam riwayat maka bacaan sebagai Al-Quran tertolak
Ciri-ciri kesalahan tidak nyata (kesalahan kecil)
- kesalahan tidak melibatkan sebutan huruf dan tanda bacaan tetapi hanya melibatkan kesempurnaan bacaan Al-Quran dan tidak menyebabkan berlakunya perubahan makna
- kesalahan ini tidak dihukumkan haram tetapi dihukumkan makruh sahaja namun begitu kesalahan ini boleh menjadi haram jika dilakukan dengan sengaja dengan meremehkannya sedangkan dia tahu akan bacaan yang betul
1) Tidak menyempurnakan bacaan dengung dengan kadar yang ditetapkan ulama tajwid
2) Tidak menyempurnakan bacaan mad far’ie mengikut kadar yang telah ditetapkan ulama tajwid
3) Tidak menyempurnakan bunyi sebutan baris
- Baris di atas (bunyi seperti imalah Kubra atau Sugra, bunyi bacaan tafhim pada huruf yang bukan tafhim)
- Baris di bawah (bunyi seperti bacaan Imalah Kubra)
- Baris dihadapan (hendaklah disempurnakan dengan memuncungkan atau membulatkan mulut, sebutan baris dhommah berbunyi 'O' terutama pada perkataan Tum dan Kum
4) Tidak menyempurnakan bacaan Tarqiq (nipis) dan Tafhim (tebal)
- bacaan pada Lam Lafzul Jalalah (yang ni huruf 'Lam' pada perkataan Allah, nak baca nipis atau tebal)
- bacaan pada huruf Ro
5) Mencampur adukkan riwayat dalam satu ayat atau surah
- Makruh mencampurkan berbagai-bagai wajah bacaan walaupun dalam riwayat yang sama (Contoh : Mad Arid Lissukun ada 2, 4 dan 6 harakat. Kena pilih satu. Kalau baca 2 harakat dari awal ayat kena sama sampai akhir ayat. Tak boleh sukati campur kejap 2 harakat, kejap 4, kejap 6 harakat)
- Makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu-satu bacaan
- Bahkan lebih makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu ayat.
Maka, setakat ini sahaja entry daripada aku yang sangat2 cetek pengetahuan agama ni... sesungguhnya yang baik itu datang dari-Nya, yang kurang dan khilaf itu datangnya daripada diriku sendiri.. afwan atas kekurangan diriku ini... Wallahu'alam Bishawab... sekian~.. wassalam...
p/s: beta rasa serba salah nk tegur, nanti dikata "macam la kau tu bagus sgt"... huk3~.. (bak kata keretamayat, orang kita mmg otak slow dan lembab.. cepat melenting apabila ditegur)...

0 comments:
Post a Comment